Tuesday, 28 October 2014

Inilah gambar wajah terbaru Juliana Banos yang semakin cun melecun


Siapa masih ingat penyanyi yang pernah popular dengan lagu Mana Satu dan Cinta Gila, Juliana Banos? Mesti ramai dah lupa kan, maklumlah dah lama sangat beliau menyepi.

Baru-baru ini, kekasih Nora Danish, Nedim Nazri telah berkongsi sekeping gambar bersama dengan Juliana Banos bagi memeriahkan satu program.

Jelas, wajah terbaru Juliana masih secantik dulu malah badannya sudah kembali slim dan langsing. Korang boleh tengok kat bawah kalau tak percaya.


4 Gambar comel Rahmat Azharin, anak lelaki Azharina Azhar


Penyanyi pop terkenal, Azharina Azhar mengejutkan ramai peminatnya dengan perkongsian beberapa keping gambar anak lelakinya bernama Rahmat Azharin Aziz Mohammad Faisal di laman sosial.

Menurut Azharina, tiada apa lagi yang mahu disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai kerana anak tersebut bukan anak kandung tetapi anak angkatnya.

Jom layan 4 keping gambar Rahmat Azharin yang teramat comel. Kami macam nak cubit je pipi tembamnya. Hehehe

p/s : Semua gambar milik penuh PORTAL MYARTIS.





Monday, 27 October 2014

Rupanya ini punca gambar seksi Tiz Zaqyah tertidur di set penggambaran tersebar

Sekeping gambar mirip pelakon jelita, Tiz Zaqyah sedang nyenyak tertidur di set penggambaran dengan memakai topi jururawat telah tersebar meluas di laman sosial sejak semalam. Ia kemudian menimbulkan pelbagai spekulasi liar yang tidak sedap didengar.

Menurut blog mymediahubonline, gambar tersebut tersebar disebabkan tindakan nakal seorang rakan Tiz mengambil gambar beliau ketika sedang tidur akibat keletihan.

Menariknya, Tiz dalam gambar berkenaan kelihatan sedikit agak gemuk dan tembam namun masih tampil cantik dan memukau.

p/s : Gambar diambil dari blog mymediahubonline


Gambar terkini Rozita Che Wan tanpa mekap mengejutkan


Populariti yang sedang dikecapi Rozita Che Wan ketika ini memang sukar ditandingi oleh mana-mana artis wanita lain. Ini kerana terlalu ramai pihak berebut-rebut menaja beliau bukan sahaja ketika melangsungkan perkahwinan malah ketika bersalin juga.

Tentunya kejelitaan luar biasa yang dimiliki pengacara terkenal itu menjadi daya penarik utama. Bukan sahaja cantik hanya ketika bermekap malah tanpa mekap pun cantik dan lebih memukau.

Mesti ramai yang tak percaya nie kan. Tak per, korang tengoklah sendiri kat SINI. Jangan terbeliak mata sudah yer.

4 Foto adik perempuan Wawa Zainal yang cun melecun


Pernah menggemparkan industri hiburan tempatan selepas berkahwin senyap-senyap dengan Aeril Zafrel, Wawa Zainal sememangnya antara artis wanita yang memiliki kejelitaan menakjubkan.

Beliau berasal dari Lahad Datu, Sabah dan dilahirkan dalam sebuah keluarga campuran Brunei, Bajau, Filipino dan Melayu. Aktres berusia 23 tahun itu merupakan anak ke-8 daripada 11 orang adik-beradik.

Itu sedikit cerita mengenai Wawa yang memang pun sudah diketahui ramai. Rasanya tak perlu diberitahukan lagi, tak gitu? Cuma ada satu perkara yang menarik mengenai adik-beradiknya.

Wawa sebenarnya mempunyai seorang adik perempuan yang juga memiliki kecantikan memukau dan ada iras-iras wajahnya. Jom lihat 4 keping gambar di bawah kalau korang tak percaya.

p/s : Semua gambar milik penuh BLOG HOTLIPS-YUYA





7 Foto bulan madu Erin Malek dan Farriz Fauzy di Los Angeles


Bukan main romantik lagi pasangan yang baru berkahwin dua minggu lalu, Erin Malek dan Farriz Fauzy ketika mereka berbulan madu di Los Angeles, California.

Mesti ramai yang jealous ni kan, betul tak? Hehe. Anyway, mari lihat 6 keping gambar romantik percutian menarik Erin Malek dan Farriz Fauzy di sana.

p/s : Semua gambar milik penuh BLOG HARIANMETRO11







Sunday, 26 October 2014

Inilah kata-kata Fazura bila TMJ kahwin Che Puan Khaleeda

Jumaat lalu telah berlangsung majlis perkahwinan diraja Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama pasangan hidupnya, Cik Puan Khaleeda Bustamam yang berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Majlis resepsi pasangan diraja ini akan diadakan pada 8 November nanti dengan dijangka kehadiran seramai 1,200 tetamu yang dijemput hadir bagi memeriahkan hari bahagia kedua-dua mempelai.

Menariknya, memetik dari portal Gua, selebriti jelita, Nur Fazura yang merupakan kenalan TMJ tidak ketinggalan menitipkan ucapan tahniah buat Tunku Ismail dan Cik Puan Khaleeda dan mendoakan mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat

"Sementara itu, Fazura juga sempat mengucapkan tahniah kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas perkahwinannya dengan Che Khaleeda Bustamam, 21, pada Jumaat.

"Fazura yang merupakan kenalan TMJ mengharapkan pasangan Diraja ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat,"
kata portal tersebut.



Sumber asal : BLOG KEDAHNEWS