Tuesday, 28 October 2014

Inilah gambar wajah terbaru Juliana Banos yang semakin cun melecun


Siapa masih ingat penyanyi yang pernah popular dengan lagu Mana Satu dan Cinta Gila, Juliana Banos? Mesti ramai dah lupa kan, maklumlah dah lama sangat beliau menyepi.

Baru-baru ini, kekasih Nora Danish, Nedim Nazri telah berkongsi sekeping gambar bersama dengan Juliana Banos bagi memeriahkan satu program.

Jelas, wajah terbaru Juliana masih secantik dulu malah badannya sudah kembali slim dan langsing. Korang boleh tengok kat bawah kalau tak percaya.


4 Gambar comel Rahmat Azharin, anak lelaki Azharina Azhar


Penyanyi pop terkenal, Azharina Azhar mengejutkan ramai peminatnya dengan perkongsian beberapa keping gambar anak lelakinya bernama Rahmat Azharin Aziz Mohammad Faisal di laman sosial.

Menurut Azharina, tiada apa lagi yang mahu disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai kerana anak tersebut bukan anak kandung tetapi anak angkatnya.

Jom layan 4 keping gambar Rahmat Azharin yang teramat comel. Kami macam nak cubit je pipi tembamnya. Hehehe

p/s : Semua gambar milik penuh PORTAL MYARTIS.





Monday, 27 October 2014

Rupanya ini punca gambar seksi Tiz Zaqyah tertidur di set penggambaran tersebar

Sekeping gambar mirip pelakon jelita, Tiz Zaqyah sedang nyenyak tertidur di set penggambaran dengan memakai topi jururawat telah tersebar meluas di laman sosial sejak semalam. Ia kemudian menimbulkan pelbagai spekulasi liar yang tidak sedap didengar.

Menurut blog mymediahubonline, gambar tersebut tersebar disebabkan tindakan nakal seorang rakan Tiz mengambil gambar beliau ketika sedang tidur akibat keletihan.

Menariknya, Tiz dalam gambar berkenaan kelihatan sedikit agak gemuk dan tembam namun masih tampil cantik dan memukau.

p/s : Gambar diambil dari blog mymediahubonline


Gambar terkini Rozita Che Wan tanpa mekap mengejutkan


Populariti yang sedang dikecapi Rozita Che Wan ketika ini memang sukar ditandingi oleh mana-mana artis wanita lain. Ini kerana terlalu ramai pihak berebut-rebut menaja beliau bukan sahaja ketika melangsungkan perkahwinan malah ketika bersalin juga.

Tentunya kejelitaan luar biasa yang dimiliki pengacara terkenal itu menjadi daya penarik utama. Bukan sahaja cantik hanya ketika bermekap malah tanpa mekap pun cantik dan lebih memukau.

Mesti ramai yang tak percaya nie kan. Tak per, korang tengoklah sendiri kat SINI. Jangan terbeliak mata sudah yer.

4 Foto adik perempuan Wawa Zainal yang cun melecun


Pernah menggemparkan industri hiburan tempatan selepas berkahwin senyap-senyap dengan Aeril Zafrel, Wawa Zainal sememangnya antara artis wanita yang memiliki kejelitaan menakjubkan.

Beliau berasal dari Lahad Datu, Sabah dan dilahirkan dalam sebuah keluarga campuran Brunei, Bajau, Filipino dan Melayu. Aktres berusia 23 tahun itu merupakan anak ke-8 daripada 11 orang adik-beradik.

Itu sedikit cerita mengenai Wawa yang memang pun sudah diketahui ramai. Rasanya tak perlu diberitahukan lagi, tak gitu? Cuma ada satu perkara yang menarik mengenai adik-beradiknya.

Wawa sebenarnya mempunyai seorang adik perempuan yang juga memiliki kecantikan memukau dan ada iras-iras wajahnya. Jom lihat 4 keping gambar di bawah kalau korang tak percaya.

p/s : Semua gambar milik penuh BLOG HOTLIPS-YUYA





7 Foto bulan madu Erin Malek dan Farriz Fauzy di Los Angeles


Bukan main romantik lagi pasangan yang baru berkahwin dua minggu lalu, Erin Malek dan Farriz Fauzy ketika mereka berbulan madu di Los Angeles, California.

Mesti ramai yang jealous ni kan, betul tak? Hehe. Anyway, mari lihat 6 keping gambar romantik percutian menarik Erin Malek dan Farriz Fauzy di sana.

p/s : Semua gambar milik penuh BLOG HARIANMETRO11







Sunday, 26 October 2014

Inilah kata-kata Fazura bila TMJ kahwin Che Puan Khaleeda

Jumaat lalu telah berlangsung majlis perkahwinan diraja Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama pasangan hidupnya, Cik Puan Khaleeda Bustamam yang berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Majlis resepsi pasangan diraja ini akan diadakan pada 8 November nanti dengan dijangka kehadiran seramai 1,200 tetamu yang dijemput hadir bagi memeriahkan hari bahagia kedua-dua mempelai.

Menariknya, memetik dari portal Gua, selebriti jelita, Nur Fazura yang merupakan kenalan TMJ tidak ketinggalan menitipkan ucapan tahniah buat Tunku Ismail dan Cik Puan Khaleeda dan mendoakan mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat

"Sementara itu, Fazura juga sempat mengucapkan tahniah kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas perkahwinannya dengan Che Khaleeda Bustamam, 21, pada Jumaat.

"Fazura yang merupakan kenalan TMJ mengharapkan pasangan Diraja ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat,"
kata portal tersebut.



Sumber asal : BLOG KEDAHNEWS

4 Foto seorang artis jelita undang kejutan di majlis pertunangan Sharifah Sakinah

Sabtu lalu telah berlangsung majlis pertunangan antara pelakon Sharifah Sakinah dan juga pilihan hatinya seorang juruterbang Aliff Adha Jamil yang telah diadakan di kediaman keluarga pelakon itu di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Sharifah Sakinah tampil anggun dalam persalinan pereka fesyen terkenal Cosry berserta pelamin bertemakan taman. Pihak lelaki menghantar lima dulang hantaran berbalas tujuh dari pihak perempuan dan adat menyarung cincin disempurnakan oleh ibu Aliff, Rodzi Abdullah.

Bercakap kepada mStar Online selepas selesai majlis, Sharifah Sakinah berkata yang beliau yakin walaupun perkenalan mereka singkat selama lapan bulan sebelum mengikat tali pertunangan namun Aliff Adha merupakan pilihan yang tepat buat dirinya.

“Alhamdulillah, segala perjalanan majlis pertunangan dilalui dengan sempurna. Walaupun tempoh perkenalan hanya lapan bulan, kami sudah serasi bersama.”

“Saya kenal dia pun ketika menjadi jurulatihnya. Tidak sangka kami akan mengakhiri perhubungan ini sebagai suami isteri tidak lama lagi,”
ujar Sharifah Sakinah.

Kedua-dua pihak keluarga bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 28 Mac 2015. Tahniah didahulukan buat kedua dua buah keluarga dan bakal pengantin.

Berikut ialah 3 keping foto seorang artis jelita yang cukup misteri sehingga mengundang kejutan di majlis pertunangan Sharifah Sakinah kerana dikatakan amat menawan. Benarkah?






Wajah sebenar lelaki serupa UAI dalam video panas palsu

Wajah sebenar lelaki serupa UAI dalam video panas palsu - Baru-baru ini kita dikecohkan dengan penyebaran video panas Ustaz Azhar dengan seorang perempuan berdurasi 38 saat. 

Selepas video itu tersebar pelbagai tomahan telah dilemparkan kepada Ustaz Azhar Idrus ada juga yang tidak percayainya.

Kemudian orang ramai dengan Ustaz Azhar telah tampil menafikan sekeras-kerasnya video tersebut adalah ustaz Azhar dan mengatakan ada pihak tertentu cuba jatuhkan Ustaz Azhar dalam menyampaikan dakwahnya.

Ada juga mengatakan Video ini telah diedit oleh penyokong UMNO atau orang kuat UMNO dengan alasan Ustaz Azhar Pro PAS jadi mereka telah edit dan menfitnah Ustaz Azhar.

Tidak dapat dipastikan siapakah yang edit video tersebut dan menyebarkan fitnah ini yang pasti dalam video ini bukan Ustaz Azhar Idrus.


Berikut bukti yang dapat Admin Sertakan


Dalam gambar diatas terdapat perbezaan telingga Ustaz Azhar dengan Wajah yang diedit dalam video tersebut. 

Berikut dikatakan wajah lelaki sebenar dalam video panas yang tersebar.


Jadi kepada yang sebar fitnah ini anda terimalah balasanya nanti dosa dengan Allah boleh bertaubat Dosa dengan manusia selagi tidak mohon ampun tanggunglah akibatnya tambahan pula fitnah seorang ustaz yang menyampaikan ilmu agama.

Kepada rakan-rakan yang membaca dan melihat pendedahan ini mohon jasa baik anda share info ini menerusi button share yang disediakan dibawah mudah-mudahan dengan bantuan anda jenayah fitnah kepada UAI ini dapat diketahui Umun.

Sumber asal : BLOG BERITAHARIANN

Friday, 24 October 2014

Rintihan sedih isteri-isteri UAI isu penyebaran video seks palsu

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, media sosial gempar dengan penyebaran satu video skandal seks berdurasi 38 saat yang kononnya adalah seorang penceramah terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus.

Video skandal seks itu pada mulanya dimuatnaik di laman blog Cili Padi dan kemudian menjadi viral di laman sosial beberapa jam seterusnya.

Di dalam video skandal seks itu kelihatan seorang lelaki mirip Ustaz Azhar Idrus(UAI). Rata-rata pengguna laman sosial terkejut dengan video itu. Ini adalah kali pertama seorang penceramah bebas dikaitkan dengan video skandal seks.

Selain UAI yang jadi mangsa, insan lain yang turut terkena tempias ialah ketiga-tiga isterinya dan anak-anak. Berikut ialah luahan sedih anak sulung UAI, Nur Madiha Asyikin, isteri pertama, Rogayah Sulong dan isteri kedua, Nisya Wan.





Kenapa sebenar anjing diharamkan untuk disentuh dan dipegang?

Kenapa Anjing itu haram disisi agama Islam 

Ternyata hal ini sudah diberitahukan pada kita sejak 1400 tahun yang lalu. Ilmuwan membuktikan virus anjing itu sangat lembut dan kecil. Sebagaimana diketahui, semakin kecil ukuran mikroba, ia akan semakin efektif untuk menempel dan melekat Air liur anjing mengandung virus berbentuk pita cair.

Dalam hal ini tanah berperan sebagai penyerap mikroba berikut virus-virusnya yang menempel dengan lembut pada wadah.

Perhatikan kata Rasulullah berikut : Dari Abu Hurairah Rhadyallahu Anhu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda, Sucinya wadah seseorang saat dijilat anjing adalah dengan membasuhnya tujuh kali, Salah satunya dengan menggunakan tanah. 

Dari Abu Hurairah Rhadyallahu Anhu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda, Apabila anjing menjilat wadah seseorang, maka keriklah (bekasnya) lalu basuhlah wadah itu tujuh kali. (HR. Muslim) 

Bahaya Liur Anjing 

Air liur anjing dari jenis apapun berbahaya bagi manusia. Persatuan Doktor Kesihatan Anak di Munich-Jerman,mengungkapkan bahawa air liur anjing mengandung berbagai kuman penyebab penyakit. Bakteria tersebut dapat masuk dan menyerang organ dalam manusia melalui sistem terbuka.

Risiko penularan penyakit kian besar apabila terkena gigitan anjing. Siapa yang menjadikan anjing kecuali anjing penjaga ternak, atau anjing pemburu, atau anjing penjaga tanaman-nescaya berkuranglah satu qirath pahalanya setiap hari bahaya anjing tidak hanya pada liurnya saja.

Menurut peneliti dari Universiti Munich,menyatakan bahawa memelihara anjing meningkatkan riaiko kanser payudara. Peluang dan risiko mengidap kanser oleh kerana memelihara anjing jauh lebih besar dibandingkan memelihara peliharaan lain seperti kucing dan arnab.

Sebanyak 79.7 % penderita kanser payudara ternyata sering bersama dengan anjing, diantaranya dengan memeluk, mencium, menggendong, memandikan dan semua aktiviti perawatan anjing. Hanya 4.4 % pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan. 

Mengapa Harus Dibersihkan Dengan Tanah 

Tanah, menurut ilmu kedoktoran modern diketahui mengandung dua materi yang dapat membunuh kuman-kuman, yakni: tetracycline dan tetarolite. Dua unsur ini digunakan untuk proses pembasmian (sterilisasi) beberapa kuman. Eksperimen dan beberapa hipotesis menjelaskan bahawa tanah merupakan unsur yang efektif dalam membunuh kuman.

Anda juga bakal terkejut ketika mengetahui tanah kuburan orang yang meninggal karena sakit aneh dan keras, yang anda kira terdapat banyak kuman kerana penyakitnya itu, ternyata para peneliti tidak menemukan bekas apapun dari kuman penyakit tersebut di dalam kandungan tanahnya.

Menurut Muhammad Kamil Abd Al Shamad, tanah mengandung unsur yang cukup kuat menghilangkan bibit-bibit penyakit dan kuman-kuman. Hal ini berdasarkan bahawa molekul-molekul yang terkandung di dalam tanah menyatu dengan kuman-kuman tersebut, sehingga mempermudah dalam proses sterilisasi kuman secara keseluruhan.

Ini sebagaimana tanah juga mengandung materi-materi yang dapat mensterilkan bibit-bibit kuman tersebut. Para doktor mengemukakan, kekuatan tanah dalam menghentikan reaksi air liur anjing dan virus-virus di dalamnya lebih besar karena perbezaan dalam daya tekan pada wilayah antara cairan (air liur anjing) dan tanah. 

Dr. Al Isma’lawi Al-Muhajir mengatakan anjing dapat menularkan virus tocks characins, virus ini dapat mengakibatkan kaburnya penglihatan dan kebutaan pada manusia. Fakta Tentang Anjing Yang Tak Banyak Diketahui.

Dr. Ian Royt menemukan 180 sel telur ulat dalam satu gram bulunya, seperempat lainnya membawa 71 sel telur yang mengandung jentik-jentik kuman yang tumbuh berkembang, tiga di antaranya dapat matang yang cukup dengan menempelkannya pada kulit. Sel-sel telur ulat ini sangat lengket dengan panjang mencapai 1 mm.

Data statistik di Amerika menunjukan bahawa terdapat 10 ribu orang yang terkena virus ulat tersebut, kebanyakan adalah kanak-kanak. Secara ilmiah,anjing dapat menularkan berbagai macam penyakit yang membahayakan karena ada ulat-ulat yang tumbuh berkembang biak dalam ususnya.

Para doktor menguatkan bahaya ulat ini dan racun air liur yang disebabkan oleh anjing. Biasanya penyakit ini berpindah pada manusia atau haiwan melalui air liur pembawa virus yang masuk pada bekas jilatannya atau pada luka yang terkena air liurnya.

Ketika ulat-ulat ini sampai pada tubuh manusia, maka ia akan bersemayam di bahagian organ tubuh manusia iaitu paru-paru. Ulat yang bersemayam di paru-paru, yang bertempat di hati dan beberapa organ tubuh bagian dalam lainnya, mengakibatkan terbentuknya kantong yang penuh dengan cairan.

Dari luar, kantong ini diliputi oleh dua lapisan dengan ukuran kantong sebesar bentuk kepala embrio. Penyakit tersebut berkembang dengan lambat. Ulat Echinococcosis dapat tumbuh berkembang di dalam kantong itu selama bertahun-tahun.


SUBHANALLAH…

Lebih dari 1400 tahun yang lalu Nabi Shallallahu 'Alaihi Wassalam telah menyarankan untuk tidak bersentuhan dengan anjing dan air liurnya dan telah memerintahkan untuk membasuhnya (jika terkena) dengan tujuh kali siraman yang salah satunya menggunakan tanah.

Penelitian Ir. Soekarno Sayid Muhammad bin Alwi al-Maliki menjelaskan bahwa kajian ilmuan membuktikan bahawa, air liur anjing mengandung mikrobakteria sehingga jika objek yang terkena air liur anjing dicuci dengan sabun maka tidak menjamin bersih dari mikrobakteria tersebut. 

Untuk mematikan kuman tersebut, harus dengan cara ditaburi tanah atau debu yang dicampur dengan air. Cara ini terbukti berkesan berdasarkan kajian dan uni kaji makmal yang di masa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wassalam tidak ada.

Suatu ketika, bekas Presiden Repulik Indonesia, Soekarno, pernah mengatakan bahawa pada zaman sekarang kita tidak perlu lagi menyamak atau membasuh tujuh kali yang diantaranya dicampur dengan debu apabila terkena najis kelas berat. Cukup menggunakan sabun.

Pendapatnya ditentang oleh para ulama Indonesia pada waktu itu. Para ulama tersebut meminta Presiden untuk melakukan eksperimen membuktikan mana yang lebih relevan penggunaan sabun atau dengan debu. 

Maka dilakukanlah eksperimen dengan sampel dua benda yang telah dijilat oleh anjing. Satu di antara dicuci menggunakan sabun dan yang satu lagi dibersihkan dengan debu. 

Hasil dari pengamatan mikroskop didapati bahawa, benda yang dibasuh dengan menggunakan sabun masih terlihat kuman dari hasil jilatan anjing. Sebaliknya,benda yang dibersihkan dengan debu sangat bersih dan terbebas dari kuman.

p/s : Tulisan artikel milik penuh BLOG BADUT RAKYAT

Foto kereta Dira Abu Zahar dipecah masuk pencuri

Foto kereta Dira Abu Zahar dipecah masuk pencuri - Pelakon Dira Abu Zahar berdepan detik cemas apabila berdepan cubaan samun ke atas dirinya.

Memetik kenyataan yang dikongsi di laman facebooknya, cubaan samun itu gagal. Namun, kereta miliknya mengalami kerosakan di bahagian cermin.

Apapun, Dira bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan. Kejadian ini membuatkan Dira lebih berhati-hati dan pada masa yang sama menasihati orang ramai agar waspada dengan keadaan sekeliling.




Thursday, 23 October 2014

Biodata Izyan, isteri Ustaz Azhar Idrus jadi mangsa video seks

Video Seks Ustaz Azhar Idrus Dengan Isteri Ketiga Ustaz Azhar Idrus (Khairul Izyan)? : Sekarang ini terlalu banyak lambakan video seks dan video lucah di Malaysia lepas satu-satu yang keluar menjadi santapan kalangan yang tertunggu-tunggu.

Terbaru dan terkini keluar pula video seks ustaz Azhar Idrus yang telah disebarkan individu-individu yang tidak bertanggungjawab.

Seperti yang sudah diketahui umum. Pendakwah terkenal di Malaysia ini sudah pun berkahwin buat kali ketiga pada tahun lepas. Puan Izyan namanya. 

Malang tidak berbau apabila terdapat tangan-tangan gatal yang telah menceroboh privasi pencemaramah terknal ini dan tergamak menyebarkan video seks Ustaz Azhar Idrus.

Difahamkan video seks Ustaz Azhar Idrus tersebut adalah melibatkan dengan isteri ketiga beliau, Puan Izyan yang telah disebarkan individu yang tidak bertanggungjawab.

Biodata Isteri Ketiga Ustaz Azhar Idrus
  • Nama Penuh : Khairul Izyan Binti Mohamed Amin Khir
  • Panggilan : Puan Izyan
  • Umur : 27 tahun
  • Status: Isteri Ketiga Ustaz Azhar Idrus
  • Tarikh Nikah: 26 Mei 2013
  • Asal : Bandar Pagoh, Muar, Johor
  • Alamat Rumah : Keramat Permai AU1, Hulu Klang, Gombak.
  • Anak saudara Ketua Cawangan Hulu Klang, Gombak, Tuan Hj. Omar bin Taha
  • Madu kepada Rogayah Sulong berumur 42 tahun dan Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor dan berumur 26 tahun




p/s : Tulisan artikel dan semua gambar milik penuh PORTAL BERITASEMASA

Wednesday, 22 October 2014

16 Foto adik perempuan Neelofa, Ameera bercuti di Thailand

Mesti anda semua dah tengok foto Neelofa atas katil yang dikatakan bernilai hampir RM 1 Juta tu kan?Aih. Kalau kumpul duit gaji sampai bersara pun tak tentu lagi kami dapat baring atas katil tu.Huhu.

Ha..Buat mereka yang ketinggalan, Neelofa dan keluarga sebenarnya kini berada di Phuket, Thailand dan menginap di Iniala Beach House.

Tapi, nak dijadikan cerita, adik perempuan Neelofa, Ameera dikatakan sengaja mahu showing off kekayaan mereka sekeluarga yang mampu untuk berada di tempat penginapan semewah itu.

Nah. Ringkas tetapi padat jawapan yang diberikan oleh Ameera. Kami juga bersetuju dengan jawapan yang diberikanya. Yelah, rasanya share gambar percutian tu adalah satu perkara yang biasa kan?

Malah, menerusi ruangan komen, ramai juga yang backup Ameera dan sekaligus menyelar komen-komen negatif yang dilemparkan kepada gadis itu.

Yeah. Haters gonna hate. Daripada kita layankan komen-komen negatif tu, lebih baik kita enjoytengok gambar percutian mewah mereka sekeluarga - PORTAL OHBULAN.